Kerana Berkongsi Bilik Tidur, Abang Main Dengan Adik Dua Kali Hingga Mengandung?

Remaja didakwa di Mahkamah Majistret hari ini terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya, tahun lalu sehingga melahirkan anak.





Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya, 14, yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama pada 11 malam hingga 12 tengah malam antara 21 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022.


Video Bonus

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa sama yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang atau hukum agama dengan mangsa sama antara 11 malam hingga 12 tengah malam, antara 1 September 2022 hingga 10 September 2022.



Berdasarkan fakta kes, adiknya melahirkan bayi lelaki cukup sifat, 16 Februari lalu dengan dibantu ibunya.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga kes selesai.

Tertuduh juga dikehendaki tinggal berasingan dan dilarang menghubungi atau mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Nizam Rafii manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rendaman Faraj Untuk Mengetatkan Dan Menghilangkan Keputihan

Terengganu Kelantan Paling Ramai Janda Di Malaysia?

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi