Penjaga Gol Syihan Sah Milik JDT, Komen Netizen Melucukan

Akhirnya pemilik Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'mengenali' Ahmad Syihan Hazmi Mohamed selepas penjaga gol Harimau Malaya itu sah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi klip video yang dipaparkan di laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.



Kehadiran Ahmad Syihan yang menaiki sebuah limousin memasuki perkarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebelum Ahmad Syihan melangkah masuk ke stadium berkenaan dan menuju ke gawang gol, malah turut ke bilik persalinan sambil memerhati jersi bernombor 33 yang bakal disarungkan pada saingan Liga Super musim ini.

Komen Netizen Susulan Berita Penghijrahan Syihan

Gaji masyuk, kebajikan pemain terbela, infrastruktur dan stadium bertaraf dunia, barisan jurulatih bertaraf antarabangsa, pasukan perubatan bertaraf antarabangsa, layanan pemain secara profesional, dapat main bunga api setiap tahun, dapat bermain bersama barisan pemain tempatan terbaik dalam negara, kelab bermain di ACL dan mendapat perhatian dunia. Nak persoalkan lagi kenapa syihan pilih JDT?

Tahniah Syihan.. Akhirnya bertukar menjadi manusia semula setelah menjadi mesin Harimau Malaya

Malah, beliau juga tidak harus melepaskan peluang untuk membuktikan kecekapan menjaga gawang kepada pengendali baharu JDT, Estaban Solari tatkala pasukan itu akan mengadakan kempen siri jelajah persahabatan antarabangsa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula 25 Januari hingga 6 Februari ini.

Apa pendapat anda dengan berita ini?

Mampukah JDT ke Final Asian Champion League?

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rendaman Faraj Untuk Mengetatkan Dan Menghilangkan Keputihan

Terengganu Kelantan Paling Ramai Janda Di Malaysia?

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi