Bantuan Persekolahan; Ini Perkara Yang Perlu Disediakan Ibu Bapa
BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing bermula minggu depan. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney. Antara yang perlu diberi perhatian adalah 1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP. 2) Sila bawa bersama: Sijil lahir/kad pengenalan murid Kad pengenalan ibu bapa/penjaga. Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi) 3)...