Resepi Ayam Bakar Viral Persediaan Bulan Puasa Tanpa Bazar Ramadhan

Bertahun tahun kita berpuasa dengan pelbagai hidangan masakan yang dibeli di bazar ramadhan.  Namun bagi tahun 2020 kali ini amat berbeza amalan puasa. Tiada lagi bazar ramadhan, tiada terawih, tiada pekerjaan.





Jangan bersedih dahulu kerana kita masih boleh menikmati ayam bakar Viral yang mudah boleh dibuat di rumah sahaja.



Resepi ayam bakar Sedap😋😋😋😋





12 ketul ayam

2 sb cili kisar

5 sb sos cili kimball

1 sb sos tomato

1 sb sos tiram

1/2 sb serbuk perasa hilal / yg sediaada

1 1/2 sb gula

1 sk garam

2 ulas bawang putih tumbuk kasar



Kisar kasar

1 sb Biji ketumbar

1 sb lada hitam



Gaulkan semua sekali dan perap semalaman..

Bakar pada suhu 180°c - 200 °c selama 40 minit..

Untuk oven saya, saya gunakan api atas bawah 30minit dan 10 minit atas sahaja..



Credit : FB Fazilawati Binti Padzil

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rendaman Faraj Untuk Mengetatkan Dan Menghilangkan Keputihan

Terengganu Kelantan Paling Ramai Janda Di Malaysia?

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi