Kajian Wanita Hamil Perlu Memakan Coklat Sebagai Kelebihan Buat Anak Yang Dikandung #hamil #chocolate


Perempuan hamil disaran mengambil coklat! Itu antara tajuk utama yang dikeluarkan pada tahun lepas. Menurut kajian tersebut, pengambilan coklat dapat memberikan kelebihan pada bayi dalam kandungan.





Banyak pantang larang makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil seperti makanan laut, alkohol, keju dan sebagainya. Tetapi berita sebegini sudah pasti menggembirakan para wanita terutamanya bagi mereka yang menggemari coklat.



Coklat terutamanya coklat gelap (dark chocolate) mengandungi flavonoid. Ini adalah sebatian semulajadi yang kaya dengan antioksidan. Flavonoid adalah sebahagian daripada polifenol - sejenis keluarga fitokimia.







Baca kajian disini



Jika anda ingin mengambil coklat semasa hamil, ada empat perkara yang perlu anda tahu.



1. Pastikan ia adalah coklat sebenar. Sekiranya anda mahukan coklat, hanya perlu makan coklat bukan kek coklat. Ini memberikan rasa coklat tanpa kalori tambahan dan lemak yang tidak sihat.



2. Pilih coklat gelap. Lebih gelap coklat, lebih banyak flavonoid (dan selalunya kurang gula) serta kaya dengan antioksidan.



3. Fikirkan saiz gigitan 30 gram sehari adalah jumlah coklat yang besar. Ingat kesederhanaan adalah kunci.



4. Keluarkan dan nikmatinya dan bukannya memakannya semasa dalam perjalanan. Ini membuatkan kita lebih menghayati keseronokan semasa makan dan menghalang anda daripada makan berlebihan

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rendaman Faraj Untuk Mengetatkan Dan Menghilangkan Keputihan

Terengganu Kelantan Paling Ramai Janda Di Malaysia?

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi