Resepi Ayam Masak Lada Hitam Simple dan Mudah

Kesibukan para ibu bapa yang seharian mencari nafkah untuk keluarga kini lebih mudah dengan adanya resepi masakan yang simple dan mudah.



Salah satunya adalah Resepi Ayam Masak Lada Hitam yang mana masakan boleh disiapkan dalam tempoh beberapa minit sahaja.



Selamat Memasak.



Bahan-Bahan:



5 ketul ayam

6 ulas bawang merah – ditumbuk

2 ulas bawang putih – ditumbuk

1 inci halia – dihiris

1 sudu kecil lada hitam

2 sudu besar sos tiram

4 sudu besar kicap manis

beberapa biji cili padi – jika suka

1/2 cawan air

1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air

Garam dan gula

Minyak masak untuk menumis



Bahan Perap –



2 sudu besar kicap manis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil lada hitam



Cara Memasak:



1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.



2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.



4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.



5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika anda pemilik asal resepi ini mohon pm admin untuk dimasukkan nama anda sebagai owner asal resepi..terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rendaman Faraj Untuk Mengetatkan Dan Menghilangkan Keputihan

Terengganu Kelantan Paling Ramai Janda Di Malaysia?

Senarai Tempat Minum Boba Tea Beserta Harga Dengan Bonus Resepi