Posts

Showing posts from March, 2018

Resepi Biskut Florentine Crunchy Karamel Almond

Image
Biskut Almond Crunchy yang sedap dimakan pada waktu petang sambil menghabiskan masa di taman permainan. Juga sesuai bagi sesiapa yang berminat untuk menambah income keluarga. Murah dan mudah untuk menghasilkan. RESEPI BISKUT FLORENTINE / KRUNCHY KARAMEL ALMOND 😋 Bahan-bahan: 1 biji kuning telur sahaja 1/2 cawan gula kastor 3/4 cawan peanut butter 2 sudu makan membukit shortening 1 1/2 cawan tepung jagung 2 1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh essence vanilla 3/4 cawan buttercup Kismis hitam untuk hiasan Cara-cara: 1. Butter, shortening,gula kastor tadi kacau sampai sebati tak perlu kembang guna senduk kayu.Masukkan kuning telur, kacau lagi dan masukkan essence vanilla.Bila semua sebati barulah masukkan peanut butter dan teruskan kacau sehingga rata adunannya. 2. Ayak tepung jagung dan gandum beserta baking powder terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh.Jika lembik,tambahkan sedikit tepung gandum hingga d...

Doktor Bidan Tiada, Suami Mengancam Kakitangan Hospital

Image
Kisah Jururawat Di Sebalik Pintu..Terkini telah tular satu video berdurasi 7 minit yang memaparkan perbualan di antara seorang ahli keluarga pesakit dan seorang jururawat. Separuh tubuh jururawat tersebut berselindung di sebalik daun pintu, hanya kepala di jengukkan keluar untuk meneruskan komunikasi. Bahasa tubuh jururawat ini menunjukkan beliau didalam keadaan TERANCAM! Senario ini adalah tindak balas normal manusia apabila berhadapan dengan ancaman. Ruang “personal space” akan di wujudkan untuk menjarakkan diri di antara penyerang semasa konfrontasi untuk menjamin keselamatan diri. Kami memetik kata kata jururawat malang ini; “Apabila kita di layan begini, siapa tidak kecil hati. Encik kuasa lelaki dan encik meningggikan suara pada saya. Saya hanya menjalankan tugas menjaga kesihatan isteri dan anak encik” . Namun begitu, pujian wajar diberikan kepada jururawat ini yang begitu profesional dan berkhemah melayan kerenah pihak tersebut walaupun diancam dengan kata kata yang keterlaluan...

Keadah Sebenar Memberi Anak Makan Ubat, Baru Tahu?

Image
Rupanya Ni Cara Betul Bagi Ubat Cair Kat Anak.30 Tahun Hidup. Ni Baru Tahu!!! Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah. Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni. Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang. Bila doktor check katanya paru-paru Rifky 'basah'. Memang masa tu die bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ade. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Die cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dlm paru-paru die. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu....

Bahasa Bayi Yang Unik Untuk Pemahaman Ibu Bapa Penjaga

Image
Jom Mommies ... Kita Belajar dan Fahami Bahasa Bayi ! 🤗Bayi yang mulai berceloteh yang terdengar tidak jelas, sebenarnya mommies boleh pelajari apa yang sebenarnya diinginkan bayi. Berikut bunyi nya 👶🏻 “NEH” = "Aku lapar." Diucapkan bayi baru lahir, berdasarkan refleks mengisap. Bayi baru lahir memiliki reflek mengisap yang sangat kuat. Ketika bayi mengeluarkan bunyi “neh” dengan tagisan, menghasilkan bunyi “neh.” Begitu Anda mendengarkan bunyi ini dari mulut bayi, segera beri ia susu 👶🏻 “OWH” = "Aku ngantuk”. Bunyi ini didasarkan pada refleks menguap. Bunyi “owh” yang pertama biasanya terdengar cukup panjang. Ketika mendengar bunyi ini, bantu bayi untuk tidur, jangan tunggu sampai menangis. Semakin penat bayi, semakin sulit ia tidur. Perhatikan isyarat lain seperti mengusap mata dan menguap 👶🏻 “HEH” = "Rasanya tidak selesa, nih.” Sangat berbeza dengan “neh” karena bunyi “h” sangat jelas. Bunyi ini pertanda si kecil buang air besar atau kecil, dan minta digan...

Isteri Yang Bekerja, Suami Patut Memasak Dan Jaga Anak

Image
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat. Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni. Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari. Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi, Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi. Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti. Ini tipsnya. 1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali. 2. Tengah sibuk, t...

Supplement Sebenarnya Ubat Atau Racun Pada Tubuh?

Image
GOODBYE SUPPLEMENT. Post ini mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah pihak..Oleh itu, saya memohon maaf jika ada yang terasa hati... Ini bertujuan utk berkongsi pengalaman saya & saya sayang anda semua..tiada maksud lain.. Wah, cantiknya "gula-gula" ni....! Berwarna warni..Hahaha... Ini lah "gula-gula" also known as supplement yang telah menyebabkan LIVER saya abnormal, sehinggakan terpaksa admit ward 4 hari kerana bacaan LFT tidak normal, jaundice (penyakit kuning) di mata, badan & lidah, pale-stool (najis berwarna kelabu), urin (air kencing) menjadi pekat, gatal-gatal di seluruh badan.. Saya mengamalkan nya selama 7 BULAN sahaja, namun kesannya sgt memudaratkan diri..😱 Semasa di ward, Sempat berdiskusi bersama specialist, Dr. Kim ketika rondaan di ward.. Saya : "Dr, kawan saya makan supplement ni okay je? Takde apa-apa effect pun..lagipun supplement ni baik, tidak pernah ada rekod buruk" (cuba menegakkan benang yang basah..)😅 Dr. Kim : "H...

Rayuan BRIM Kini Di Buka Kepada Pemohon Yang Gagal Sebelum Ini

Image
BRIM atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah dilancarkan beberapa tahun lepas kini dibuka semula untuk pemohon yang ingin merayu setelah gagal dalam permohonan pertama pada bulan Mac 2018 lepas. Ramai pemohon yang gagal disebabkan maklumat permohonan yang tidak lengkap atau pendapatan bulanan yang melebihi RM3000 kini boleh membuat rayuan semula mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan. Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 02 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila klik disini   untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan. Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Syarat Rayuan BRIM STATUS TIDAK LULUS YANG DIBENARKAN UNTUK PERMOHONAN RAYUAN BR1M 2018 SECARA DALAM TALIAN BIL. KOD TIDAK LULUS ALASAN TIDAK LULUS 1.Semakan rekod agensi / maklumat pa...

Bila Bergaduh Minta Cerai Rupanya Terkena Sihir Pemisah

Image
Minggu ini banyak yang datang terkena #SihirPemisah.. Paling kesian dari mula berkahwin sehinggalah 4tahun berkahwin langsung tak dapat nak bersama.. Bila hendak bersama tiba2 suami jadi tiada nafsu.. Berlarutan selama 4tahun. Sebelum ini ingat masalah biasa, pergi la berurut, rawatan hospital tetapi tetap tiada perubahan.. Setiap kali nak bersama tiba2 suami jadi tak bernafsu.. Manakala isteri benda kecil2 cepat jadi marah pada suami..Bila berjauhan dengan suami jadi rindu sangat2. Bila saya ruqyah beliau tiba2 beliau tidak sedarkan diri... Saya bertanya pada beliau.. Saya :kenapa kamu ganggu dia?? Pesakit : Dia milik aku!!! Aku tak akan buat dia bahagia sampai bila!! Aku akan buat suami dia benci dengan dia.. Aku buat suami dia menjadi tiada nafsu dengan dia.. Kerana aku sayangkan dia.. Aku tak dapat dia, suami dia pun tak akan dapat dia sampai bila2. Saya :Lepaskan dia bagi mereka bahagia, benda yang dah lepas biarkan dah lepas.. Dia bukan milik kamu.. Dia dah bersuami.. Pesakit :A...

Powerband Ibarat Bom Berjangka Yang Boleh Membunuh Bila-Bila Masa Sahaja.

Image
Powerband sebuah produk yang penting bagi pengguna telefon bimbit masa kini. Terutama bagi pengguna smartphone yang mempunyai bateri kapasiti rendah dengan penggunaan yang tinggi. Ditambah apps yang sentiasa diupdate menyebabkan penggunaan bateri lebih tinggi. Namun begitu Powerband sentiasa mempunyai cerita yang menyeramkan sejak dilancarkan beberapa tahun lepas. Meletup dan terbakar tanpa disedari hingga boleh mengorbankan nyawa pengguna. Ada terbakar semasa digunakan, ada juga terbakar semasa disimpan di tempat tertutup. Cara Atasi Masalah Powerbank Terbakar 1. Beli powerband original. Jangan hanya pikir ingin berjimat tanpa memikirkan keselamatan. 2. Elakkan membeli powerbank secara online kerana banyak produk palsu dan tiruan di jual secara online. 3. Pastikan tukar powerbank yang telah lama diguna. Tempoh hayat powerbank kebiasaannya 2 tahun sahaja. 4. Jangan biarkan powerbank terdedah pada cuaca panas atau terkurung dalam bekas. Contohnya dibiarkan dalam kereta yang diparking di...

ABANG KAWASAN KENTUT DEPAN MUKA PEROKOK DI TEMPAT AWAM

Image
Ini kisah padahnya merokok depan abang kawasan. Tadi petang minum dengan seorang kawan ni. Dia ni kira gedebe jugalah, pernah masuk penjara sebab gaduh. Sedang kami minum dan berbual. Ada 2 remaja sedang isap rokok sebelah kami. *gambar sekadar hiasan* Dalam restaurant tersebut boleh tahan juga ramai orang dan ada bawa bayi. Sedang 2 orang remaja tersebut isap rokok siap buat keluar asap bulat-bulat, tiba-tiba kawan saya ni bangun. Propp!! Dia kentut depan budak tu. Kuat jugalah. Apa lagi semua orang pandang. Budak tu macam tak puas hati terus cakap. Apa ni bang takda adab ke kentut depan orang? Oh aku takde adablah! yang kau merokok tu tak nampak ke ada bayi dalam kedai ni? Kalau bayi tu sakit kau nak jaga dia di hospital? Terus budak tu diam, matikan rokok pergi kaunter bayar terus balik. Saya juga turut diam, terus takde idea nak berbual. Saya cakaplah, sabar beb, budak-budak remaja ni begitulah. Kena cakap elok-elok kat diorang ni. Itu cara kau mat, cara aku xde tapis-tapis dah....

Bahaya Rupanya Main Kuiz FB Data Peribadi Anda Bakal Dicuri

Image
Apa yang anda perlu tahu tentang Cambridge Analytica dan mengapa anda perlu berhenti bermain quiz bodoh di Facebook? Baru-baru ini dunia digemparkan dengan berita tentang maklumat data peribadi yang didakwa bocor dan ini melibatkan syarikat pengutip data Cambridge Analytica yang berpangkalan di London. Tak tahu lah kalau anda masih busy membawang isu gambar anak Datuk CT tersebar atau pasal Elly Mazlein punya ori ke tak ataupun mungkin isu handphone samsung yang dieuww kan oleh adik Neelofa. Tapi perkara ini sangat serius dan sudah mula mendapat perhatian umum di UK dan di Amerika Syarikat. Boleh google dan baca sendiri. Apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apparently, Cambridge Analytica telah dituduh membocorkan maklumat data peribadi pengguna Facebook dan telah dituduh terlibat dalam mempengaruhi kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya presiden yang lalu. Bagaimana mereka boleh dapat data anda? Ya, masih ingat kah anda kepada quiz-quiz yang mengujakan itu seperti teka jodoh anda ...

Petua Kalau Anak Demam, Jangan Lakukan Perkara Yang Merbahayakan

Image
PETUA KALAU ANAK DEMAM Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi. • Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari. • Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada ba...

Sukar Tidur? Inilah Yang Bakal Terjadi Pada Anda

Image
Korang pernah baca kisah "Russian Sleep Experiment" ni tak. Antara kisah yang popular dan paling aku suka di Creepypasta. Aku tengah tunggu kisah ni difilemkan je, Slender Man yang popular dekat Creepypasta tu pun dah difilemkan. Mana yang belum baca bolehlah baca kisah "gila" ni yang aku lampirkan bersama ni. Apa jadi kalau korang tak tidur dalam tempoh yang lama? ........................... Pada akhir tahun 1940-an, para saintis Rusia melakukan sebuah ujikaji terhadap lima orang banduan. Mereka terkurung di sebuah ruangan tertutup dan diberikan gas stimulasi untuk menguji apa akibatnya jika kekurangan tidur terlalu lama. Para saintis boleh melihat perilaku para banduan melalui cermin dua arah. Dan percakapan para banduan boleh didengar melalui pembesar suara. Sebelum ujikaji dijalankan para banduan sudah dijanjikan akan dibebaskan jika mampu tidak tidur selama 30 hari. Beberapa hari pun berlalu tanpa terjadi apa-apa. Namun pada hari ke lima, subjek mulai menunjukk...

Cara Reka PhotoBook Kenangan Anda Secara Percuma Bermula Hari ini

Image
Siapa nak Photobook percuma? Nah, boleh guna buat kenangan kahwin korang. Takpun buat kenangan duk menumpang pelamin orang lain. Kalau tak kahwin lagi boleh buat utk kenangan cari cendol dengan yang tersayang sama-sama sampai muka merah-merah, lapar, penat. Macam cendol, yang ini pun boleh repeat lagi kalau berkenan. 😁 Langkah-langkah: 1) Download Apps Photobook di Apple Store atau Google Play Store. 2) Launch aplikasi Photobook dan pilih “Simple Book (6″ x 6”) 3) Reka Simple Book dengan memuat naik 21 keping gambar kegemaran korang. 4) Masukkan kod promo "MSIAGAG" dan klik “Apply” di halaman checkout App Photobook apabila selesai. 5) Klik “Upload” untuk muat naik projek anda sebaik sahaja pembayaran selesai. p/s: Photobook free, cuma bayar postage je Sumber FB Malaysian Gag

RESEPI PUDING KACANG MERAH MUDAH DAN SIMPLE

Image
PUDING KACANG MERAH Bahan-bahannya: 1 cwn kacang merah 13 gm serbuk agar-agar 1000 ml air 240 gm gula 1 tin susu cair/santan 1 sudu besar tpg jagung 1 helai daun pandan Pewarna merah jambu. Secubit garam. Cara membuatnya: 1~ Rebus kacang hingga empuk. 2~ Ambil stgh cwn dan ratakan didalam acuan. 3~ Blend baki kacang dgn susu,tpg jagung dan pewarna hingga sebati. 4~ Masukkan serbuk agar2,air,gula dan daun pandan kedlm periuk dan masak hingga hancur. 5~ Sendukkan stgh cwn dan tuangkan keatas kacang tadi. 6~ Masukkan campuran kcg merah yg diblend tadi kedlm agar2 dan masak hingga mendidih. 7~ Biarkan lapisan kcg merah td mengeras sedikit sebelum dituangkan masakan agar2. 8~ Biar agar2 sejuk disuhu bilik sblum dimsukkan dlm peti ais.

RESEPI DONUT CHEESE LELEH YANG MUDAH DAN SIMPLE

Image
Donat chezzy leleh utk minum ptg.. resepi simple je.. 1kg tepung gandum 1 sudu tea baking powder 1 peket mauripan 500 ml air suam 2 sudu tea susu pekat 1 senduk majerin 1 sudu tea garam 24 keping cheese dibelah dua A)air, mauripan, garam dan susu disatukan dlm jug biarkan sehingga berbuih *ayak tepung bersama baking powder masukkan bhn A diatas, uli dlm 10minit masukn margerin uli lagi 10 minit *Biarkan adunan 1/2 ditempat panas sehingga kembang naik *slps stgh jam tumbuk adunan utk keluarkan angin, kepal2 doh agak2 size stgh genggam kmudian msukn cheese...blh la trus digoreng shingga keperangan. *selepas itu tabur gula icing

HANYA DENGAN 3 BAHAN MAMPU BUAT CHEESE KEK YANG GEBU

Image
Hanya dengan 3 Bahan sahaje, anda boleh buat kek sedap gila yg sgt mabelessss.. BAHAN-BAHAN 120g Tatura Cream Cheese 120g Susu Pekat Manis 3 Biji telur gred B *Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya. CARA-CARA Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya. 1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh. 2. Asingkan Telur Putih & Pukul Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue). 3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi. 4. Campurkan Semua Bahan Sekarang kita campurkan kesemua adunan yan...

TMJ LETAK JAWATAN PRESIDEN FAM?

Image
Tunku Ismail Ibni Tuanku Ibrahim mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Malaysia (FAM) sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat menerusi laman rasmi Facebook FAM. Menurut kenyataan rasmi yang dibuat oleh Tunku Presiden, perletakkan jawatan ini selepas kedudukan pasukan kebangsaan Malaysia dalam ranking dunia FIFA jatuh 3 anak tangga ke tangga 178 dan baginda menganggap itu satu kegagalan yang besar. Sumber: Football Association of Malaysia (Official)

PRODUK ELBA ANTARA YANG DIARAHKAN DITARIK BALIK OLEH SURUHANJAYA TENAGA

Image
Suruhanjaya Tenaga telah mengarahkan beberapa produk elektrik yang berjenama ditarik balik dari pasaran dan pengguna kerana tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Sirim QAS Malaysia. Berikut adalah jenama yang tersenarai dan pengguna yang memiliki produk elektrik berkenaan boleh kembalikan semula produk elektrik dilokasi yang telah ditetapkan. Lain-Lain Produk Klik Disini

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI PASTI TERANGKAT MENYENGAT

Image
Asam pedas ikan pari.. memang terangkat! Bahan-bahan: Bahan A 5 ulas bawang merah 3-4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1/2 tbsp belacan Segenggam cili kering rebus Daun kesom segenggam Bahan B Ikan pari Asam jawa Daun kesom Bunga kantan Bendi Lada hitam Garam Cara penyediaan: Langkah 1 Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak. Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap. Langkah 2 Setelah pecah minyak, masukkan bahan B. Langkah 3 Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang. Kredit: Seminit Resepi

PANDANG WAJAH ANAK ANTARA TIPS MENDIDIK ANAK

Image
Tips mendidik anak Prof Muhaya 1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakana'budu waiyyakanasta'in" ("Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan."), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan...."Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang..." Coba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. 3. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bah...

RESEPI SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR YANG SEDAP DAN MUDAH

Image
Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah! Memang terbaek!!!😍😍 Bahan-Bahan Inti Sumbat: 2 biji telur ayam carrot (dicincang) sosej (dicincang) secubit garam minyak untuk menggoreng 1 sudu besar mayonis Cara-cara: campurkan semua bahan dan goreng hancur Sambal Sotong: 3 ekor sotong 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris) 3 sudu besar cili kisar 1 sudu rempah kari 1 biji bawang merah (dipotong bulat2) 2 sudu sos cili minyak untuk menumis 3 batang pencongkel gigi/lidi sedikit air asam jawa garam & gula secukup rasa Cara-cara: 1. sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi 2. kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau 3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak 4. Masukan serbuk kari dan sos cili 5. kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih 6. masukan gula, garam dan air asam jawa ses...

TIPS PENTING YANG WAJIB DIKETAHUI PEMILIK KENDERAAN

Image
Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua. 1. Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak 2. Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam 3. Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer 4. Bateri – Tambah air setiap kali servis 5. Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah 6. Clutch plate – Mengikut keadaan 7. Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer 8. Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer 9. Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer 10. Brake fluid – Mengikut keadaan 11. Brake pad – Mengikut keadaan 12. Power steering fluid 13. Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer 14. Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer 15. Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2 16. Tyre – Pam pada setiap bulan 17. Radio – ...

BERITA TERGEMPAR KEJADIAN PENCULIKAN BAYI DAN AMARAN BOM DI HOSPITAL PULAU PINANG

Image
Pagi ini di hospital Lam Wah Ee berlaku kekecohan dengan satu insiden kes penculikan bayi di wad kanak - kanak tingkat 2 dan insiden ini di katakan penculik juga meletak kan bom di bangunan berhampiran lobi hospital. Penculik telah di kesan dan telah ditangkap oleh pihak polis dengan kerjasama pihak keselamatan hospital Lam Wah Ee.. Dan unit pencegah Bom juga turun padang untuk mengenal pasti Bahan letupan tersebut. Rupa-rupanya Ini semua adalah latihan code pink (drill penculikan bayi ) code black ( drill ancaman BoM ) oleh pihak berkuasa. Tahniah kepada semua yg terlibat.

RESEPI NASI TOMATO YANG MENYELERAKAN UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN

Image
RESEPI NASI TOMATO Bahan nasi: 4 cawan beras 2 biji tomato 1 biji bawang besar 1 helai daun pandan 1/2 cawan susu cair 2 sudu butter 3 sudu minyak masak Rempah kasar 3 sudu tomato puri Garam Air secukupnya Bahan ayam masak merah: 1 ekor ayam 1 1/2 biji bawang besar (dikisar) 5 biji bawang putih (dikisar) 2 cawan cili kering (dikisar) 1/2 inci halia (dikisar) 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu) Rempah kasar 1 biji tomato Bahan acar 1 biji timun 1/2 biji nenas 1 biji bawang besar 1 batang cili hidup 3 sb cuka 5 sb gula Cara Membuat: 1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu 2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu 3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan 4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa. 5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau 6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. 7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. A...

JENAZAH KANAK-KANAK YANG DITINGGALKAN DALAM KENDERAAN DIKEBUMIKAN

Image
AL-FATIHAH buat kamu anak Syurga..😥😥 Jenazah Kanak-kanak Ditinggal Dalam Kenderaan, Dikebumikan Jenazah adik Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, dua tahun, kanak-kanak malang yang meninggal dunia selepas ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama empat jam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telok Kemang kira-kira jam 7:30 malam semalam. Jenazah sebelum itu disembahyangkan di kediaman ibu bapanya di Teluk Kemang, Port Dickson. Hampir 100 ahli keluarga terdekat dan rakan sekerja ibu mangsa turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan berkenaan. Dalam kejadian 1 tengah hari semalam, mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas selepas ditinggalkan ibunya dalam kereta di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu Tiga Port Dickson. Mangsa kemudianya di bawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan meninggal dunia.

PETUA TRADISIONAL APABILA ANAK DEMAM MENGEJUT ATAU SELSEMA

Image
PETUA KALAU ANAK DEMAM Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi. • Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari. • Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada ba...

JARUM SUSUK BERSEPAH DITANAM PADA KAKI PESAKIT PATAH TULANG

Image
Hasil xray seorang pesakit yang mengalami masalah tulang patah telah menemui beberapa batang seakan-akan jarum yang ditanam disekeliling tulangnya yang patah. Dilaporkan bahawa pesakit tersebut telah berjumpa dengan bomoh tulang untuk mendapatkan rawatan secara tradisional selepas keluar darri hospital. Gambar dibawah jelas kelihatan jarum-jarum yang dianggap sebagai susuk yang telah ditanam oleh bomoh tulang tersebut. Ini adalah kejadian yang jarang berlaku dimana jarum tersebut boleh di lihat melalui xray. Maklumat ini dikongsi oleh pengguna twitter yang dipanggil Doktor oleh pengikut beliau menasihati agar berhati-hati apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional seperti gambar dibawah. Tidak dipastikan mengapa pesakit tersebut membuat xray selepas mendapat rawatan dengan bomoh tersebut. Dan mengapa Doktor memohon supaya orang awam berhati-hati dengan bomoh tulang. Tidak juga dipastikan adakah objek yang dibulatkan itu adalah jarum susuk seperti yang didakwa. Apakah bomoh tersebut m...