8 Ungkapan, Jaminan Hubungan Berkekalan
Tolak tepi tanggapan buang tabiat sebaliknya gunakan lapan ungkapan
di bawah untuk ditujukan kepada pasangan sehidup semati anda dengan
harapan dapat mengekalkan hubungan perkahwinan yang dibina. Sudah
bersedia?
1. "I miss you."
Beritahu pasangan anda bahawa anda
merindukannya setiap saat dengan menghantar teks ringkas di telefon
bimbit. Kemudahan Whatsapp, We Chat, LINE dan banyak lagi pasti lebih
menarik kerana anda boleh sertakan sekali 'emoticon' comel dan mencuit
hati. Jika anda sedang berehat di rumah bersama anak-anak, hantarkan
gambar keluarga dengan pesanan seperti, "Kami tidak sabar menunggu awak
balik dari kerja!"
2. "Bagaimana hari anda?"
Sentiasa
bertanyakan bagaimana harinya di tempat kerja atau harinya bersama
anak-anak. Kerap bertanya akan membuatkan pasangan anda merasa disayangi
dan tenang kerana percaya di hati anda cuma anda dirinya dan anak-anak.
3. "Awak masih ingat masa ketika...?"
Mengingatkan pasangan anda tentang kenangan-kenangan menarik ketika
bersama boleh membuatkan pasangan anda tersenyum simpul. Mana tidaknya,
menceritakan kembali detik bulan madu, percutian kali pertama sebagai
suami isteri, pengalaman pertama kali hamil dan sebagainya bisa
menghangatkan kembali hubungan yang dibina. Pasti banyak kisah yang
boleh dikongsi.
4. "Boleh saya bantu?"
Perasaan panik dan
kelam kabut setiap pagi gara-gara terlewat bangun untuk ke pejabat boleh
menimbulkan stres apabila anda tidak pandai memainkan peranan. Menyuruh
pasangan bertenang dan menghulurkan bantuan boleh membuatkan pasangan
kembali tenang apabila anda bersedia membantunya mencari kunci kereta!
5. "Apa pendapat anda?"
Dalam setiap perhubungan tidak sepatutnya ada sikap diktator sebaliknya
biarlah bersikap demokrasi. Sentiasa bertanyakan perasaan dan pendapat
pasangan meskipun perihal besar atau kecil. Sebagai contoh, jika anda
merancang untuk bercuti, minta pendapat pasangan supaya sama-sama akan
berpuas hati dengan pilihan lokasi percutian.
6. "Awak sangat cantik / tampan"
Jika anda tidak memuji pasangan anda, bagaimana anda mahu mereka merasa
dihargai dan diperlukan? Pujian bukan dari fizikal saja tetapi beri
pujian dari segi sikap dan penampilan mereka. Sebagai contoh,"Saya
menyayangi sikap awak yang berkeyakinan tinggi," dan "Saya suka lihat
awak mengenakan selendang merah."
7. "Maafkan saya. Awak benar."
Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. Membuat kesilapan itu tidak
mengapa asalkan anda sentiasa merendah diri untuk mengungkap kata maaf
dan bersikap bertanggungjawab. Menolak untuk mengaku kesilapan akan
membuatkan persengketaan menjadi panjang dan memberi kesan buruk kepada
anak-anak.
8. "I love you."
Tidak kira berapa lama anda kenal
pasangan anda, ungkapan tiga perkataan ini tidak pernah hilang dan
bosan maksudnya. Sentiasalah ucapkan kata sayang kepada pasangan anda
kerana ucapan yang diterima tidak akan pernah basi dan bosan untuk
didengar sebaliknya sentiasa rasa terharu dan malu biarpun banyak kali
diungkap. Lihat betapa magisnya ungkapan "Aku cinta padamu."
Kami
pasti anda mempunyai ungkapan tersendiri atau isyarat tertentu sebagi
bukti cinta bersama pasangan. Biarpun 'aneh' bagi orang lain tetapi
cukup romantik buat anda. Jangan lupa bagi ciuman setiap pagi kepada
'honey boo boo' anda!


Comments
Post a Comment