Posts

Showing posts from July, 2021

Cara Renew Lesen San Roadtax Secara online

Image
CARA RENEW LESEN MEMANDU SECARA ONLINE Tadi singgah JPJ kejap , ada kerja. Polis datang sebelum tu sebab ramai sangat orang kat JPJ. Nak bagitahulah kepada pemilik kenderaan persendirian, sekarang ni roadtax kerajaan kasi free sampai 30/6/2021. Yang hangpa mengigal nak jugak roadtax pasaipaaaaa???? Saman JPJ yang boleh dikompaun pun tengah ada diskaun sampai 70% sehingga 30/6/2021. Tu belum lagi yang beratur untuk lesen memandu sedangkan dah boleh renew lesen memandu secara dalam talian (online). Gi kat website JPJ, register MySikap untuk orang awam.  Takpelah kalau tak dapat lesen fizikal, ambik later lah, yang penting print siap-siap bukti dah renew. Polis pun dah ada device lah nak check lesen hangpa valid lagi ke tak. Kalau polis banyak cekadak, boleh semak lesen kat website ( www.jpj.gov.my ), tunjuk bukti dalam tu lesen hangpa sampai bila. Semua di hujung jari ye. Nanti cheq free , cheq ajar cara-cara nak register ID MySikap JPJ. P/S : Actually MySikap ni bukan hanya boleh re...

Resepi Hati Pedal Ayam Bergoreng Kunyit

Image
Jimat sungguh makan hati ayam ni, beli ni baru RM2, semangkuk besar bila goreng😍 Makan dengan nasi panas-panas. Siapa suka makan hati ayam kat sini???? Untuk mereka yang masalah kewangan tidak mampu beli daging ayam, boleh cuba menu hati dan pedal ayam yang lebih murah harganya.  *RESEPI HATI AYAM GORENG* 1. Hati ayam 1/2kg (bersihkan, gaulkan garam, kunyit, aji, serbuk kari ikan) 2. Bawang merah besar potong bulat2 3. Halia 2inci hiris 4. Minyak masak 1 cawan kecik 5. Kacang panjang dan lada besar Actually bahan dia mudah, cuma cara masak dia yg buat jadi lain2.. kalau nak jdi berlemoih berselut mcm ni, cara dia... Masuk minyak dalam kuali, agak2 suam kecikkan api, masukkan hati ayam, gaul rata dengan minyak, hati2 bila minyak panas dia melepuh sana sini😁 Lepas tu agak2 dah panas (hati nampak mcm kembang) sederhanakan api, masuk bawang, halia, gaulkan, kena sentiasa gaulkan, lepas tu bila nampak hati mcm kecut sikit,. Masukkan kacang dan cili, gaulkan, dia nampak berlemuihhh dah...

Resepi Sagu Gula Melaka Menyejukkan Badan di Petang Yang Panas

Image
Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir2..puas hati😘 Untuk panduan yang nak cuba membuatnya...takda resepi spesifik ni just agak2 ya.. Resepi Sagu Gula Melaka -------------------------------------------- Sagu RM1 direndam sekejap...dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air..agak2 ya kang hancur abes plak sagunya hihi. Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak2 seinci dari paras sagu tu...kemudian masak atas api macam biasa..sentiasa kacau supaya sagu masak serata...bila sagu dah jadi jernih takdak biji2 putih maknanya dah masak. Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yg mengalir untuk buang lebihan2 kanji yang mengembang semasa masak tu.. Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehl...

Resepi Kuah Oden Segera Yang Mudah dan Ringkas.

Image
Bosan dengan menu sama setiap hari anda boleh mencuba menu ringkas dan segera ini pula. Asyik makan nasi berlauk ayam pasti muak jika setiap hari menghadapnya. Namun pastikan jika anak tidak suka menu pedas boleh lah cuba masak ayam goreng untuk anak anak. Kesian jugak si anak terpaksa ikut menu orang dewasa akhirnya hanya minum coklat ais sahaja kerana orang dewasa hanya pentingkan nafsu makan sendiri berbanding anak anak. Resepi kuah oden sedap buat time cuti ni 2 paket perencah tomyam adabi. 2 paket perencah sup siam adabi. 1 paket perencah asam pedas adabi. 2 pcs kiub pati ayam. Air 1.5 liter. Gula 1 sudu. Caranya : Masuk semua perencah biar mendididih n blh masuk kan semua bhn2 steamboat. Tadaa...siap! blh ngappp panas2...masam2 manis pedas uilahhh nyaman bukkk😁 Kalau ada sayur blh letak sayur cth sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram n etc..ni xde sayur xsempat beli🤧 Try buat taw, dah buat mention i okeyh keh3🤭 Kredit Cik Puan Akma

Tips Merebus Jagung Yang Mendapat Ribuan Perkongsian Netizen

Image
TIPs MEREBUS JAGUNG yang mendapat perkongsian ribuan netizen dalam media sosial. Jangan buat silap hingga jagung yang manis jadi keras dan tidak sedap. 1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya. 4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

Cara Check Negara Pengeluar Vaksin Yang Disuntik Kepada Anda.

Image
Semua sedia maklum bahawa negara eropah tidak mengiktiraf vaksin jenis AZ yang dikilang di luar negara eropah. Ini menyebabkan penerima vaksin tersebut tidak dibenarkan untuk memasuki negara eropah untuk melancong. Berikut adalah cara untuk anda memeriksa lokasi pembuatan vaksin yang di beri kepada anda jika anda telah menerima dos vaksin. Langkah Langkah Adalah seperti berikut. 1. Log in ke apps my sejahtera. 2. Buka sijil vaksin anda seperti gambar dibawah. 3. Copy maklumat vaksin anda seperti yang dibulatkan pada gambar di atas. 4. Paste maklumat tersebut pada ruang search google.com  5. Masuk ke website NPRA. 6. Download sijil berdasarkan code yang sama dengan kod pada sijil vaksin anda. 7. Done seperti gambar di bawah. Maklumat lanjut boleh ke link di bawah. https://twitter.com/Catshaker85/status/1412037302486933505?s=19 Kredit Owner Tweet

Bahaya Makan Kerang Berbulu Akhirnya Terbongkar Oleh Nelayan Pantai

Image
Hangpa nak tau sebab kami org hat keja laut buang saja... kami takkan makan.. Sebenaqnya ramai hat yg tak tau kemudoratan pasai kerang ni. aku ni malas ja nk hingaq2.. Hangpa tentu rhamai hat paberet suka sgt makan kerang ni.. kerang rebuih.. kerang bakaq cicah ngan ayaq asam picit limau.. kalu goreng kicap.. ramai kata sedap sgt kerang ni.. macam2 masakan sedap boh kerang.. walaupun rehga dia sekilo ada hat 10ringgit pun ramai beli jugak sbb suka makan kerang ni... tp kalu hangpa nak tau.. kami hat dok keja laut..hat tiap hari tgok kerang ni nak habaq kat hangpa ada satu bahgian kat kerang ni yg boleh meyebabkan tersumbat saluran pemakanan hangpa silap2 boleh bawak m4ut... ni aku habaq kat hangpa jangan dok makan bahgian luaq kerang sama sekali... bahaya Ooo.. senang cakap kulit kerang.. jgn dok buat pasai hangpa p makan.. tecekik boleh mampuih..sekian tq... Ceria2  selalu sahabat syurga..tk mau stress. Kredit : Kaki Viral

Telefon Terbang Bakal Dikeluarkan Oleh Negara China

Image
Vivo Memfailkan Paten Untuk Kamera Telefon Pintar Terbang Vivo ni, apa yang pelik sedara sedari? Tiada apa yang pelik untuk syarikat ini. Apa yang orang selalu katakan sebagai tidak boleh, mereka bolehkan. Abam malas nak selak balik sejarah vivo. Tapi kalau ramai yang masih ingat, vivo selalu menjadi yang pertama dalam sesuatu inovasi dan evolusi, contohnya kamera hadapan pop-naik, pengimbas cap jari dalam paparan, dan kamera gimbal. Terkini,vivo sedang menguji sesuatu yang lebih futuristik. Vivo telah mengajukan paten untuk kamera telefon pintar yang boleh ditanggalkan (detachable) dan terbang. Ya, kamera akan keluar dari telefon dan terbang ke udara untuk memberi pengguna peluang mengambil gambar dan video dari sudut yang lebih fleksibel, dinamik, dan kreatif. Modul kamera tersebut mempunyai empat baling-baling (propellers), dua kamera ganda, tiga sensor jarak inframerah dan bateri tambahan. Semasa dalam penerbangan, sensor jarak digunakan pada modul kamera terbang daripada melanggar...

Stesen Minyak Shell Sediakan Berpuluh Lokasi Food Bank Bagi Yang Memerlukan.

Image
Sejak kempen kibar bendera putih bagi mereka yang memerlukan bantuan makanan dan kewangan kerana kesempitan akibat perintah kawala  pergerakan yang disambung dengan lockdown akhirnya PKPD tanpa kesudahan. Makin banyak syarikat swasta turut menyertai program dengan menyediakan food bank bagi yang memerlukan bantuan makanan. Terdapat 54 lokasi food bank di sekitar lembah klang seperti senarai di link di bawah. https://twitter.com/Bront_Palarae/status/1410675680614830082?s=19 Kepada pihak yang paranoid dengan kempen bendera putih..sila pergi meninggal. Ini bukan tanda mengaku kalah berputus asa. Ini untuk memudahkan orang yang kesempitan di bantu oleh orang awam yang berkemampuan.

Ronaldo Tingalkan Italy Untuk Bermain Di Liga Terbaik Dunia

Image
Dunia bola sepak global dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa bekas pemain termahal dunia dan nadi utama Juventus, Cristiano Ronaldo tidak berminat untuk terus kekal di Itali.  "Saya akan tinggalkan Itali, itu keputusan saya. Saya tidak akan mengubah pendirian itu"- Cristiano Ronaldo. Kenyataan yang penuh kontroversi itu mengundang tanda tanya ke manakah destinasi beliau setelah berita ini menjadi tular di media sosial. Ini kerana seperti yang diberitakan, harga Ronaldo mencecah ratusan juta pound sterling dan gaji sebanyak 400k seminggu. Ketika ditanya, ini reaksi beliau: "Berdasarkan prestasi semasa saya, saya masih mampu untuk beraksi di peringkat tertinggi dalam dunia bola sepak untuk sekurang-kurangnya 10-15 musim lagi. Ke mana destinasi saya selepas ini, saya akan tentukan dalam masa terdekat." Apabila ditanya kelab manakah yang mungkin menjadi pilihan beliau, jawapannya agak mengejutkan.  "Tidak mungkin saya akan kembali ke Manchester United ma...