Posts

Showing posts from December, 2018

Akaun Bank Kena Hack Guna Pay Pal Debit? Ini Caranya Dapatkan Semula Duit Anda.

Image
SCAMMER ALERT! 🔥🔥🔥🔥🔥 Nak di jadikan cerita hari ni 14/12 aku kena tolak duit dari account cimb bank sebanyak 16 kali transaksi berjumlah (RM4,886.48) banyak ke tidok?? 😅 tetiba bank charge banyak cam tu.! Memang terkejut jugak la kan kalau sapa2 kena tolak duit dalam account banyak cam tu.. Mujur scammer ni guna Transaksi ‘PAYPAL’ so tak der la risau sgt.. sebb apa2 transaksi melalui paypal kita bole dapat balik duit tu dalam masa 10 hari! Yes 10 hari process dia akan siasat dlm masa tu la.. selalunya paypal akan pegang duit kita selama ‘14 hari ‘ before dia release kat seller/penjual/penerima. So ada la masa kalau ada benda tak puas hati tak dapat tracking number ker.. barang hantar rosak ker / salah hantar barang kat kita ke.. so dalam tempoh 14 hari kita ada hak untuk refund balik duit yg kita transfer melalui paypal.. So guys! If this happen to you, jgn risau yer buat polis report and call paypal malaysia (paypal +60-3-77237155) mintak dia block account yg dah curi duit kita ...

Resepi Masakan Lala Kam Heong Sedap Dan Mudah

Image
*Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah!* *Bahan-bahan :* - 1/2 kg Lala - 1 sudu besar udang kering ( cincang ) - 1 sudu kecil bawang putih ( cincang ) - 1 sudu kecil bawang merah ( cincang ) - 6 tangkai cili kering ( potong halus ) - Beberapa tangkai daun kari - 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes - 1 biji bawang besar ( potong besar ) - 1 sudu besar kicap *Cara-cara :* 1. Panaskan minyak 2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi. 3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering. 4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi. 5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda. 6. Masukkan lala dan bawang besar tadi. 7. Goreng sehingga anda rasa lala masak. 8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

Menara Telekomunikasi 5G Penyebab Burung Alami Sakit Jantung

Image
RATUSAN BURUNG MATI SELEPAS MENARA 5G DIBUKA Di taman Huijgenspark, beratus-ratus burung sterling jatuh serentak ke atas tanah selepas melalui kawasan taman tersebut. Menurut laporan makmal Wageningen Bioveterinary Research di Lelystadt, tiada kesan-kesan virus dan penyakit pada burung-burung tersebut. Didapati ada pendarahan dalaman pada semua burung tetapi tiada kesan racun. Sebahagian burung yang berterbangan secara berkumpulan melalui taman itu turut juga mati serentak. Pengkaji mempercayai ia berpunca dari menara-menara 5G yang dipasang berhampiran taman untuk menghubungkannya dengan stesyen keretapi berhampiran. Semua burung yang mati menghadapi masalah yang sama iaitu serangan jantung secara tiba-tiba. Seorang pekerja taman memberitahu, ketika burung-burung itu jatuh, itik-itik yang berenang di terusan berhampiran berkelakuan aneh dan memasukkan kepala mereka serentak ke dalam air. Kerajaan tempatan telah menutup sebahagian taman tersebut untuk kegunaan awam.