MIC Dan PAS Sedia Bekerjasama Dalam Agenda Kebajikan Negara
Kenyataan Media Pejabat Presiden PAS PAS SAMBUT BAIK KETERBUKAAN MIC 1. PAS menyambut baik keterbukaan MIC yang menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dalam agenda kebajikan rakyat dan keharmonian kaum dalam negara. 2. Perkara ini dinyatakan di dalam pertemuan di antara Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri S.A Vigneswaran pada hari Ahad, 19 Ogos 2018 di Pejabat Agung PAS Pusat. 3. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP, Encik Balasubramaniam. Manakala di pihak MIC oleh Timbalan Presiden MIC, YB Senator Dato’ Sri S.K. Devamany dan Ketua Pemuda MIC, YB Dato’ Sivarrajah Chandran. 4. Presiden PAS berkongsi pandangan terhadap kemajmukan kaum dan kepelbagaian agama dalam negara, serta keperluan untuk memberi kefahaman yang sebenar demi mewujudkan keharmonian antara agama. 5. Presiden MIC menyatakan kesedi...