Aluminium Foil Untuk Membakar Ikan Penyebab Penyakit Merbahay?
BAHAYA BAKAR IKAN DALAM PEMBALUT ALUMINIUM? Ada satu video petua kehidupan yang menayangkan penggunaan pembalut aluminiun semasa membakar ikan atau ayam mendatangkan bahaya kesihatan. Antara dakwaan mereka adalah zat aluminium tersebut boleh terurai sehinggakan penyebab kepada penyakit nyanyuk (Alzheimer’s Disease) dan eberapa penyakit lain. Tularan video dan tulisan tersebut sudah beredar sejak sekian lama. Adakah benar dakwaan tersebut? Satu kajian telah dijalankan oleh Ghada Bassioni dan rakan-rakan mengenai penilaian penggunaan pembalut aluminium dalam sajian makanan. 1. Mereka mendapati penggunaan suhu memasak yang tinggi melebihi 150 C boleh menyebabkan logam aluminium mudah terurai. Penguraian itu lebih cepat dengan hadirnya pengaruh dari beberapa faktor seperti bahan makanan dicampur dengan asam/asid/masin, makanan pedas dan tempoh memasak yang lama melebihi 1 hingga 3 jam. Kandungan aluminium yang mugkin diambil oleh seseorang yang memasak menggunakan kaedah ini telah melebihi...