Posts

Showing posts from December, 2016

JANA DUIT MUDAH DENGAN GOOGLE ADSENSE

Image
Salam semua, sekali lagi admin ingin berkongsi cara mudah untuk jana duit secara online. Kali ini dengan Google Adsense. Apa yang bestnya anda akan dibayar dalam nilai Dolar Amerika. Amat berbaloi untuk rakyat Malaysia yang nilai ringgit nya amat rendah berbanding Dolar US. So, untuk menjana duit dengan Google Adsense, yang paling mudah adalah menggunakan Youtube. Anda hanya perlu upload video ke dalam youtube, orang melihat video anda dan anda akan dibayar bagi setiap view. Cuma apa yang perlu dipastikan adalah video yang diupload bukan hak milik orang lain. Jika tidak, akaun anda akan disable untuk menghasilkan duit. Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan untuk jana duit dengan youtube. 1. Sign in ke akaun youtube anda. Semua pengguna android yang menpunyai gmail boleh sign in tanpa masalah. 2. Selepas sign in, klik button simbol video kamera, untuk upload video anda 3. Tulis tajuk video yang gempak dan menarik penonton. Target penonton anda adalah orang luar negara terutama USA....

MENJANA DUIT TANPA MODAL DENGAN LYNK.MY

Image
Selamat pagi semua. Salam perkenalan. Selamat Tahun Baru 2017 yang bermula hari ini. Sempena Tahun Baru ini admin mahu berkongsi cara untuk menjana duit tanpa modal. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, memang wajar untuk kita semua berusaha menambah income dengan membuat kerja partime yang tidak menganggu tugas utama dan masa kita bersama keluarga. Sekarang admin akan kongsikan cara menjana duit dengan lynk.my. Setiap klik yang anda share, anda akan dibayar sebanyak 1sen/Rm0.01. Cara mudah untuk anda dapat klik adalah dengan berkongsi sesuatu yang menarik untuk rakyat Malaysia klik. Berikut adalah cara-cara untuk menjana duit dengan lynk.my. Semoga bermanfaat kepada semua. 1. Search Lynk.my di google search. 2. Sign up dahulu untuk anda membuka akaun di lynk.my 3. Isi maklumat anda dengan betul. 4. Log in 5. Create lynk anda. Anda hanya perlu copy address yang anda mahu kongsikan dengan rakyat Malaysia. 6. Paste web address yang anda copy di sini. 7. Tekan button lynk it. Dan c...

SAMBUTAN TAHUN BARU, HARAM?

Image
Harapan ADMIN, satu masa Tahun Baru Hijrah disambut gilang-gemilang dan menurut cara Islam macam-mana sekarang disambut Tahun Masihi...Apa-apa pun Selamat Menyambut Tahun Baru 2017M buat semua pengunjung page #HEPKIDU...Moga permulaan tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun y lalu...ADMIN bawakan sedikit ilmu tentang Sambutan Tahun Baru, ADMIN cedok dari fb #PUSalman." 😎😎😎😎😎😎 😀😉😀😉😀😉 HUKUM SAMBUTAN TAHUN BARU MASIHI Ada 2 pendapat Ulama' tentang hukumnya : 1. Harus : Lajnah Fatwa Mesir Dalilnya: Sabda Nabi saw: «أنا أولى الناس بعيسى ابن مريم فى الدنيا والآخرة، ليس بينى وبينه نبى» 'Aku manusia paling rapat dgn Nabi Isa bin Maryam di dunia dan akhirat. tidak ada Nabi antara diriku dan dirinya.' Hadis sahih Bukhari Muslim. walaupun tahun masihi ialah sempena Nabi Isa dan disambut oleh org kafir tetapi Nabi Isa adalah Nabi yg diimani oleh umat Islam. penggunaan tahun masihi bukanlah khas kepada mereka dan digunakan oleh semua. Masyarakat yg menyambut tahun ba...

RESEPI KEK LUMUT HIJAU

Image
Kek cantik dan gebu. Bahan2nya : (Loyang : 8" x 8") 10 biji telur Gred A 450 gm mentega (Golden Churn, Anchor, SCS) 3/4 cawan gula castor 2 cawan nestum (dikisar halus) 1 cawan serbuk almond 1 cawan serbuk horlick 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak) 1 cawan susu pekat manis 2 sudu teh esen vanilla 1 botol besar (60ml) pes pandan Cap Kopoe-Kopoe/ jenama lain pun boleh Cara2 Membuatnya: 1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Gris loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. Nak alaskan dengan kertas minyak pun boleh. 2. Pukul mentega dgn gula halus serta esen vanilla sehingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 3. Masukkan telur sebiji dan pukul dgn speed perlahan. Kemudian, masukkan lagi sebiji dan pukul lagi. Ulangi proses sehingga habis. 4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar hingga sebati. 5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan horlick, sebuk almond dan nestum. Kacau lagi hingga sebati. 6. Tuangkan adunan ke dalam loyang...

RESEPI KERABU MEGGI

Image
Salam semua geng MAHN..saja nak share step by step resepi KERABU MAGGI simple cara saya.. Hidangan untuk seorang makan. Bahan2 : 1.Maggi Siam perencah TOMYAM ( kalau takda, boleh ganti dengan maggi RUSKI tomyam) 2. Udang/sotong/crabstick ( sy ada udang je) 3. Carrot dihiris halus 4. Daun ketumbar /daun sup 5. Limau nipis 1 biji 6. Bawang besar 1 bj dimayang halus 7. Cili padi 2 biji dihiris nipis (lebihkan jika suka pedas) Cara2 : 1. Rebus maggi sehingga lembut dan toskan 2. Rebus udang/sotong/ crabstick & bawang besar & carrot yang di hiris halus dengan sedikit air sahaja..toskan dan air rebusan jgn dibuang 3. Gaul semua bahan2 rebusan dan air rebusan tadi bersama perencah maggi TOMYAM.. 4. Jangan lupa masukkan hirisan daun sup & cili padi dan perahkan limau nipis. 5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang... Fuuhhh...pedas dan sangat2 sedap...!!!

RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL

Image
RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL Bahan-bahan inti Pau Cendawan: 2 bji bawang holand 1 tin cendawan butang Isi ayam potong kecil 3 sudu butter utk tumis 2 cubit lada hitam yg serbuk 1/2 tin sup cendawan (tin kecil) 3 keping keju cheesedale 3 biji kentang parut 1biji carrot parut jugak Satu sudu kecil serbuk ayam tumix Cara-Cara : 1. Tumis bawang sampai layu, 2. Masukkan ayam tggu separuh masak 3. Lepas tu masukkan kentang dan carrot tggu sampai lembut 4. Dah lembut masukkan sup cendawan tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi 5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam.... Untuk bancuhan coklat; 2 sudu serbuk coklat 2 sudu tepung beras Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat dan tak cair sangat. Untuk Doh: 300grm tepung pau Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni) Setengah paket yis mauripan 2 sudu bsr gula 2 sudu besar susu 1 sudu besar shortening 2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas ai...